Friday, February 25, 2022

RASULULLAH BERSAMA SEORANG ANAK YATIM DI HARI RAYA AIDILFITRI

Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah berangkat untuk melaksanakan solat 'ied (hari raya). Semasa di perjalanan, beliau melihat ramai anak-anak bermain dengan cerianya. Tetapi Rasulullah terkejut apabila di hadapannya ada seorang anak kecil seorang diri dengan pakaian kumal (lusuh dan seumpamanya) yang sedang menangis. Lantas Rasulullah pun bertanya: "Wahai anakku, apa yang membuatmu menangis, kenapa tidak ikut bermain bersama meraka?"

Dan anak itu seketika berdiri dan berusaha merapikan pakaiannya yang lusuh dan banyak sobek sana sini : "Wahai Rasulullah.. aku anak yatim, aku tidak memiliki ayah mahupun ibu " katanya sambil menunduk

Rasulullah menatap anak itu dengan mata yang sudah berkaca-kaca "Aku pun anak yatim " kata Rasulullah sambil menghulurkan tangannya ke arah anak itu

Lantas beliau berkata: "Aku adalah ayahmu Aisyah adalah ibumu dan mahukah kamu menjadikan Hassan dan Husain sebagai saudaramu?" mata anak itu langsung berbinar ceria lalu berkata "Mengapa tidak ya Rasulullah, iya aku mahu.."

Rasulullah pun membawa anak itu ke rumah Saidatina Aisyah, beliau memberikan baju baharu lalu mencuci wajah dan rambutnya. Setelah rapi dan bersih, dia segera berlari bersama kawan-kawannya (teman-temannya) untuk menyambut hari raya lagi

0 comments :

Post a Comment