Friday, February 25, 2022

KETIKA MALAIKAT JIBRIL TERPESONA MELIHAT SENYUMAN BIDADARI SYURGA

Dari riwayat Sahabat Ibnu Mas'ud r.a Beliau mengisahkan daripada Rasulullah bahawa, ketika Allah telah menciptakan syurga 'Adn. DIA memanggil malaikat Jibril lalu memerintahkan: "Wahai Jibril, pergilah ke syurga 'Adn dan lihatlah apa yang aku telah ciptakan untuk hamba-hambaKu dan kekasih-kekasihku "

Malaikat Jibril pun segera pergi ke syurga 'Adn untuk memenuhi apa yang telah diperintahkan kepadanya. Sesampainya di sana, ia berkeliling untuk menemukan apa yang ia cari

Muncullah bidadari dari dalam istana yang berada di syurga A'dn Melihat kedatangan malaikat Jibril, bidadari itu tersenyum kepadanya Dan secara tiba-tiba syurga A'dn bersinar terang kerana kilauan gigi bidadari. Melihat syurga A'dn yang bersinar terang, malaikat Jibril pun tersungkur dan bersujud kerana mengira sinaran itu berasal dari nur Allah yang maha kuasa. Lantas bidadari itupun berkata : "Wahai malaikat yang dipercayai Allah, angkatlah kepalamu "

Malaikat Jibril mengangkat kepalanya dan tersedar bahawa sinar itu bukanlah sinaran dari nur Allah, melainkan dari senyuman bidadari tersebut. Merasa kagum, ia pun berkata:

"Maha suci zat yang telah menciptakanmu" Lalu bidadari itu bertanya kepada malaikat Jibril : "Wahai malaikat yang dipercayai Allah, apakah kamu tahu untuk siapa aku diciptakan?"

Dan malaikat Jibril menjawab: "Tidak " Bidadari itu pun berkata : "sesungguhnya Allah telah menciptakanku untuk orang-orang yang lebih memilih dan lebih mementingkan redha-Nya daripada hawa nafsunya

0 comments :

Post a Comment