Tuesday, February 22, 2022

KECEMBURUAN SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA PUTERI RASULULLAH

 Pada suatu hari, disebutkan bahawa Saidina Ali berniat melamar bahkan ada sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Saidina Ali telah meminang puteri Abu Jahal untuk dijadikan isteri kedua disamping Saidatina Fatimah az-Zahra

Saat berita tersebut terdengar oleh Saidatina Fatimah beliau segera memberitahukan hal itu kepada Rasulullah seraya berkata: "Orang-orang berkata bahawa engkau tidak akan marah untuk membela puterimu. Ali akan mengahwini puteri Abu Jahal"

Mendengar hal tersebut, Rasulullah mengumpulkan para sahabat dan berkata: "Sesungguhnya Fatimah adalah diriku, dan aku bimbang jika ia terfitnah dalam agamanya. Aku tidak mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tetapi demi Allah, tidak akan berkumpul puteri seorang Rasulullah dengan puteri musuh Allah dalam satu suami "

" Aku tidak mengizinkannya, aku tidak mengizinkannya, aku tidak menginginkannya. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi mereka " "Fatimah adalah penggalan dariku, menyakitiku apa yang menyakitinya dan menggangguku apa yang mengganggunya '


(Sahih Al-Bukhari)

0 comments :

Post a Comment