Friday, February 25, 2022

KETIKA SAIDATINA FATIMAH DAN SAIDATINA AISYAH TIDAK MAHU KALAH

Suatu hari, Saidatina Aisyah berkata kepada Saidatina Fatimah : "Wahai Fatimah aku ini lebih baik daripada ibumu, Khadijah. Kerana Rasulullah menikahi ibumu dengan berstatus janda sedangkan beliau menikahiku dengan berstatus perawan"

Mendengar pertuturan Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah menjadi kurang nyaman. Kemudian beliau menemui Rasulullah untuk mengadukan permasalahannya dengan ibu tirinya (Saidatina Aisyah)

Ketika mendengar aduan puterinya Saidatina Fatimah, Rasulullah tidak marah mahupun tersinggung. Namun beliau menimpali Saidatina Fatimah dengan jawapan yang sopan dan senda gurauan

"Katakanlah pada Aisyah bahawa memang benar, Rasulullah menikahi Khadijah yang berstatus janda dan kamu (Aisyah) masih perawan, tetapi ketika Rasulullah menikahi ibuku, beliau masih perjaka. Dan ketika beliau menikahi kamu, beliau sudah berstatus duda. Tentunya keperjakaan Rasulullah itu lebih baik daripada keperawanan kamu"

Setelah mendapatkan jawapan dari Rasulullah, Saidatina Fatimah kembali kepada Saidatina Aisyah dan menyampaikan jawapannya persis seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Mendengarkan jawapan daripada Saidatina Fatimah, Saidatina Aisyah tidak marah bahkan beliau meminta Saidatina Fatimah untuk berterima kasih kepada Rasulullah, kerana Rasulullah sudah mengajarkan jawapan kepada Saidatina Fatimah dengan jawapan yang tenang dan sopan

0 comments :

Post a Comment