Tuesday, March 15, 2022

CERAMAH RASULULLAH KETIKA SAIDINA HUSAIN MENIRU صل الله عليه وسلم

 


Ketika masih kanak-kanak. Saidina Husain sering kali ke masjid dan duduk dibawah mimbar Rasulullah lalu, menghafalkan semua yang Rasulullah sampaikan. Kemudian, Saidina Husain balik (pulang) ke rumah dan menceritakan kepada ibundanya Saidatina Fatimah az-Zahra Suatu hari, ibundanya menyiapkan kerusi dan mendudukkan Saidina Husain di kerusi itu seraya berkata: "Baiklah anakku,


berceramahlah seperti datukmu (Rasulullah) " Saidina Husain pun menyampaikan apa yang disampaikan Rasulullah di masjid dengan gaya bahasa yang sama. Lalu Saidatina Fatimah az-Zahra bersyair tentang beliau: "Engkau serupa dengan ayahku (Rasulullah) engkau tidak serupa dengan ayahmu (Saidina Ali). Saidina Ali yang mendengar syair isteri tercintanya pun tersenyum


Suatu waktu, saidatina Fatimah bercerita kepada Ayahndanya (Rasulullah) tentang keindahan tutur kata Saidina Husain hingga Rasulullah pun ingin menyaksikan langsung ceramah cucu kesayangan beliau itu. Rasulullah berkata kepada puterinya: "Barangkali dia akan malu ketika melihatku "


Kemudian, Rasulullah bersembunyi di balik tirai untuk menyaksikan dan mendengarkan ceramah Saidina Husain. Saidatina Fatimah mempersiapkan Saidina Husain untuk berceramah. Namun, sungguh tidak seperti biasanya hingga Saidatina Fatimah hairan menyaksikan putra kecilnya itu hanya berdiam diri tanpa sepatah kata pun yang keluar dari lisannya. " Apa yang terjadi dengan mu sayang?"


Saidina Husain menjawab: "Jangan lah hairan wahai ibuku, lidahku tak mampu bergerak kerana ada pribadi yang agung disebalik tirai itu. Jika seluruh ahli dan pembicara di seluruh dunia berkumpul, nescaya mulut-mulut mereka akan terkunci dihadapan beliau" Mendengar ucapan itu, Rasulullah yang berada disebalik tirai


keluar dan memeluk Saidina Husain

0 comments :

Post a Comment