Thursday, February 10, 2022

WAFATNYA FATIMAH AZ-ZAHRA PUTERI RASULULLAH

Tepat pada 3 Ramadhan tahun 11 hijrah Wafatnya puteri tercinta Rasulullah (Fatimah Az-zahra) isteri kekasihnya (Ali bin Abi Thalib ) semenjak itu hilang lah seorang penghulu wanita syurga Fatimah bersiap dengan memakai pakaian baru lalu berbaring ditempat tidurnya. Fatimah berkata kepada Ali bahawa saat-saat kematiannya sudah dekat Ali pun menangis, namun Fatimah menghiburkan suaminya agar tidak bersedih dan menjaga anak-anak mereka dengan baik Fatimah juga berpesan setelah kematiannya nanti beliau tidak ingin dikuburkan dengan upacara pemakaman

 Lantaran waktu solat tiba, Ali berangkat ke masjid untuk menunaikan ibadahnya. Saat Ali tidak ada di rumah Fatimah menghembuskan nafas terakhir, kemudian kedua putra mereka Hassan dan Husain menemui Ali di masjid sembari menangis dan menyampaikan khabar ibunya Mendengar isteri tercintanya sudah tiada, Ali pingsan dan setelah sedar. Ali melaksanakan pesan terakhir isterinya Fatimah ( dikuburkan secara diam-diam tanpa upacara) Tidak ada warga Madinah yang tahu selain Ali dan keluarga terdekat

Ketika Ali memasukkan jenazah isterinya, Ali menangis terisak-isak Puteranya Hassan pun bertanya: "Wahai ayahku, apakah yang membuatkan kau menangis sebeginian rupa?" Ali menjawab: "Wahai puteraku Hassan aku teringat pesan datukmu Rasulullah, beliau bersabda kepadaku: " kelak jika puteriku Fatimah telah tiada. Maka aku lah orang pertama menerima jasad puteriku di liang lahad"

"Dan demi Allah, aku melihat tangan Rasulullah menerima jasad ibumu, aku melihat Rasulullah mencium wajah ibumu Fatimah" Lalu Ali berkata lagi: "Wahai Rasulullah, kini aku kembalikan amanah yang telah engkau berikan kepadaku Aku kembalikan belahan jiwamu yang setiap kali merindukan syurga-Nya "

0 comments :

Post a Comment