Sunday, January 9, 2022

MAHAR NABI ADAM KEPADA SITI HAWA

Dikisahkan ketika Nabi Adam tidur, beliau bermimpi Seorang wanita yang belum diciptakan ( Hawa ) Dan setelah melihat itu, Nabi Adam jatuh hati kepadanya Kemudian Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam sama bentuknya dan mempercantikkan ciptaaNya melebihi 1000 bidadari

Siti Hawa dan keturunannya adalah secantik cantiknya perempuan hinggalah hari kiamat nanti Siti Hawa mempunyai tinggi yang sama dengan Nabi Adam. Allah memberikannya gelang dan perhiasan dari syurga yang mengilap melebihi sinar matahari

Lalu Allah berfirman kepada Nabi Adam :

"Wahai Adam, jangan sekali-kali kau coba sentuh Hawa sebelum kau memberikannya mahar dan menikahinya "

Nabi Adam bertanya: "Wahai tuhanku, apa gerangan mahar yang harus aku berikan? Allah berfirman:

"Berikan lah ia mahar berbentuk selawat keatas
 nabiku dan kekasihku Muhammad "

Nabi Adam bertanya kembali : "Siapa sebenarnya Muhammad ini?" Allah berfirman: "Dia adalah antara anak cucumu dan dia adalah nabi terakhir dari semua nabi. Seandainya bukan kerana dia, aku tidak akan menciptakan makhluk yang lain"

0 comments :

Post a Comment