Wednesday, May 11, 2022

Syair Nasihat Penuntut Ilmu

 Wahai penuntut ilmu, bangkitlah. Jangan asyik tidur saja. Sesungguhnya masa itu pasti berlalu dan pergi.


Selagi mana kamu hidup, peliharalah masa. Sungguh menjaga masa itu sifat yang terpuji. Senantiasalah hadir ke kelas ilmu, dan bergembiralah dengannya, nescaya kelak, kau akan menjadi pemimpin bagi umat manusia.


Rebutlah zaman mudamu sebelum pedang ketuaan memancung semangatmu. Tinggalkanlah pergaulan yang sia-sia semampumu, makan yang banyak, tidur yang berlebihan dan percakapan yang dicela.


Bersahabatlah dengan orang yang cerdik, dan elakkan bergaul dengan semua orang, kerana begitu ramai orang yang banyak bergaul, akhirnya tidak mencapai ilmu.


Realisasikanlah apa-apa yang kau citakan, dan jangan kau merasa pesimis tidak mampu mencapainya. Saya dapati segala bidang ilmu, dan pakar dalam bidangnya, begitu dihormati di siai orang yang masih lurus fitrahnya.


Justeru jika kau cita-citakan kedudukan yang tinggi baik di dunia mahupun akhirat, maka berjinak-jinaklah dengan pena.


Tetapi ikhlaslah niat mu kerana Allah, dan beramal-lah dengan segala apa yang kau ketahui, meskipun kau menemui kesukarab. Bersabarlah, dan konsistenlah, usah menjadi malas!


Kerana kadar kepayahan itu berkadar langsung dengan tingginya cita-citamu!

0 comments :

Post a Comment