Monday, June 27, 2022

MALAIKAT HAMALAT AL ARSY PEMIKUL ARSY NYA ALLAH

 Rasulullah pernah melihat akan rupa sebenarnya Malaikat Jibril, yaitu ketika peristiwa Isra’ Mikraj.

Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenarnya, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. (Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka akan gelaplah seluruh bumi ini.)

Namun Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah supaya jangan memuji-mujinya, kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat-malaikat lain yang lebih hebat daripada dirinya.

Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, “Ya Jibril, apakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?”

Malaikat Jibril menjawab, “Ya, ada! Malaikat Israfil mempunyai 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayapku”

Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi,” Adakah Malaikat Israfil paling hebat?”

Jawab Malaikat Jibril, “Tidak, Malaikat paling hebat itu ialah malaikat pemikul ‘Arsy (singahsana) Allah. Dia adalah Malaikat Hamalat Al-‘Arsy, Dia mempunyai 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil”

“Malaikat pemikul Singgahsana Allah sangatlah besar, dan jarak antara pundak (bahu) malaikat tersebut dengan telinganya sejauh perjalanan burung terbang selama 700 tahun.” (Riwayat oleh Abu Dawud)

Di dalam Al-Qur’an juga disebutkan akan para malaikat ini:

“Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh delapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.” (Al Haqqah, 69:17)

Pemikul ‘Arsy Allah itu terdiri dari empat (4) Malaikat yang dikenali sebagai Hamalat al-‘Arsy, dan setelah kiamat akan bertambah menjadi delapan (8) malaikat, baki empat (4) akan disusuli oleh Israfil, Mikail, Izrail dan Jibril.


Allahua'lam

0 comments :

Post a Comment