Wednesday, December 16, 2020

AKIBAT CINTA DUNIA

 Suatu hari Rasulullah Saw duduk sambil berbincang dengan para sahabat.

Ketika ada topik perbincangan yang menyentuh perasaan, para sahabat menangis kecuali

Usamah bin Zaid.

Usamah mengutarakan soalan kepada Rasulullah Saw tentang kekerasan hatinya.

Kemudian Rasulullah Saw meletakkan tangannya ke dada Usamah seraya berkata,

“Keluarlah wahai musuh Allah!”

Seketika itu keluarlah air mata Usamah,

Kemudian Rasulullah Saw berpesan :

“Buta mata berpuncak daripada kekerasan hati. Kekerasan hati berpuncak daripada banyak dosa. Banyak dosa berpuncak daripada melupakan mati. Melupakan mati berpuncak daripada panjang angan-angan. Panjang angan-angan berpuncak daripada cinta dunia. Cinta dunia merupakan sumber segala maksiat.”

Inframe: Hadratus Syaikh KH Ali Shodiq Umman, Pengasuh Pondok Pesantren Hidayatul Mubtadi-ien Ngunut Tulungagung bersama Abah KH Abdul Hakim Mustofa (Pendiri dan Ketua Pembina Yayasan Nurul Ishlahiyyah Annahdliyyah, Pondok Pesantren Nurul Ishlahiyyah Bakungan Yogyakarta). Semoga kita mendapatkan keberkahan Beliau-Beliau. Al-Fatihah...

0 comments :

Post a Comment