Monday, August 30, 2021

Akhlak, Adab Terhadap Guru

Satu kisah di zaman Syaikh Abdul Qodir Al-Jaelani, ada seorang yang busuk hati ingin memfitnah Syeikh Abdul Qodir, lalu ia mencari jalan untuk memfitnahnya, maka ia membuat lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qodir dan

ketika ia melihat Syeikh Abdul Qodir, ia Syekh Abdul Qodir sedang makan dengan muridnya, Syeikh Abdul Qodir suka makan ayam dan setiap kali makan ayam, dan makanan yang lain, ia akan melihat saja, lebihan makanan akan diberi kepada muridnya, melihat hal tersebut maka pergi ke bapak murid Syeikh Abdul Qodir

*Pak ada anak namanya ini?

*Jawaban si bapak : ya ada

*Anak bapak belajar dengan Syeikh Abdul Qodir?

*Jawab si bapak : ya!

*Bapak tahu, anak bapak diperlakukan oleh Syeikh Abdul Qodir Jailani seperti hamba dan kucing sahaja, Syeikh Abdul Qodir memberi lebihan makanan pada anak bapak


Maka bapak tidak puas hati lalu ke rumah Syeikh Abdul Qodir, wahai tuan Syeikh saya mengirimkan anak saya kepada tuan Syeikh bukan untuk melakukan pembantu seperti kucing, saya hantar kepada tuan Syeikh, supaya anak saya jadi alim ulama'

Syeikh Abdul Qodir hanya menjawab ringkas saja, kalau begitu ambillah anakmu, maka si bapak mengambil anaknya untuk pulang, ketika keluar dari rumah Syeikh menuju jalan pulang, bapak tadi bertanya pada anaknya beberapa soal tuan tentang ilmu hakam, ternyata soalannya menjawab dengan betul, maka bapak tadi berubah fikiran untuk mengembalikan kepada Syeikh Abdul Qodir

Wahai tuan Syeikh, terimalah kembali anak saya untuk belajar dengan tuan seperti semula, tuan didiklah anak saya, ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan bukan juga melakukan seperti kucing, ku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila menggoda.

Maka jawab tuan Syeikh Abdul Qodir, bukan aku tidak mahu menerimanya kembali, tapi Allah sudah menutup pintu hati untuk menerima ilmu, Allah menutup pintu untuk mendapat ilmu, seorang ayah tidak beradab kepada guru, maka anak yang mangsa begitulah adab dalam menuntut ilmu,


0 comments :

Post a Comment